Info Bahagian

Pewujudan Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) telah diluluskan pada 1 September 2008 dan mula beroperasi pada 1 Mei 2009. JPOKU menyediakan perkhidmatan dan kemudahan jagaan, perlindungan, pemulihan, latihan serta peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya di samping menggalakkan penyertaan aktif komuniti setempat melalui pengintegrasian dan pembangunan Orang Kurang Upaya.  Jabatan ini juga berperanan untuk menggerakkan program kesejahteraan Orang Kurang Upaya. 

 
 
Tarikh Kemaskini : 21/02/2017