Fungsi Bahagian


1)  CAWANGAN PERANCANGAN

     Perancangan
  • Merancang, menyelaras, memantau dan menilai Perancangan Strategik Jabatan;
  • Merancang, menyelaras, menilai Pelan Pengurusan Risiko
  • Merancang, menyelaras, memantau dan menilai Pengurusan Perubahan Jabatan.
    Kajian/Penyelidikan/Penilaian Outcome
  • Menyedia dan menentukan sistem, proses dan indikator penilaian/penyelidikan;
  • Menyediakan dan menentukan rangka kerja dan terma rujukan penilaian/penyelidikan;
  • Menyedia, memantau dan menyelaras jadual pelaksanaan penilaian/penyelidikan;
  • Menyediakan laporan penilaian/penyelidikan;
  • Menyebarkan hasil penilaian/penyelidikan;
  • Memproses permohonan untuk membuat kajian melalui sistem MyResearch
  •    Perangkaan
  • Mengumpul dan mengemaskini data;
  • Mengurus dan menyediakan perangkaan Jabatan;
  • Mengkaji dan menganalisis data dan menyediakan laporan.
2)  CAWANGAN PEMBANGUNAN FIZIKAL
  • Merancang dan menyelaras permohonan projek di bawah Rancangan Malaysia (RMK), dan kerja-kerja pembaikan/naiktaraf institusi sedia ada (PISA);
  • Memantau pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia (RMK) kerja-kerja pembaikan/naiktaraf institusi sedia ada (PISA);
  • Mengurus permohonan pengambilan tanah untuk projek;
  • Menyelaras dan menyediakan Laporan Fizikal dan Kewangan Projek;
  • Mengenalpasti dan menguruskan hartanah Jabatan (pengurusan,pelupusan, dan pengambilan balik tanah);
  • Memantau dan mengawal hartanah Persekutuan di bawah seliaan Jabatan;
  • Mengemaskini aset tak alih Jabatan ke dalam Sistem MySpata atau sistem lain yan berkaitan;
  • Mengemaskini Sistem Pemantauan Projek Pembangunan (SPPii).
3)  CAWANGAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
    
     Badan Peneraju Industri - Industry Lead Body (ILB)
     Sektor: Penjagaan dan Perkhidmatan Komuniti
  • Pengurusan ILB
  • Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS)
  • Promosi Sektor Penjagaan dan Perkhidmatan Komuniti
  • Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
     Kekompetenan dan Persijilan Kemahiran
  • Persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) secara Penilaian Pencapaian Terdahulu (PPT)
  • Persijilan Fasilitator DESCUM untuk Pembangunan NOSS
  • Pendaftaran Pakar Insdustri Negara (DPIN
     Akreditasi dan Kompetensi Kemahiran Bidang Penjagaan dan Perkhidmatan Komuniti
  • Pengurusan Kursus Asas Pusat Jagaan (KAPJ)
     Program Pembangunan Kemahiran (Tenaga Pengajar Kemahiran) - Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia        (KSM)
  • Pelaksanaan Program Pembangunan Kemahiran (PPK) Tenaga Pengajar dan Vokasional dan Pegawai Latihan Vokasional
4)  CAWANGAN KOMPETENSI KERJA SOSIAL
  • Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan  kompetensi kerja sosial di peringkat Jabatan;
  • Merancang, menyelaras dan menjalankan penilaian ke atas program/perkhidmatan Jabatan mengenai keberkesanan penyampaian perkhidmatan yang selaras dengan Piawaian Kompetensi Kebangsaan Praktis Kerja Sosial;
  • Merancang dan melaksana siri penerangan dan advokasi berkaitan insiatif ke arah meningkatkan profesionalisme kerja sosial di Malaysia khususnya mengenai Piawaian Kompetensi Kebangsaan Praktis Kerja Sosial di peringkat Jabatan dan luar jabatan;
  • Urus setia Jawatankuasa Teknikal bagi usaha-usaha meningkatkan Profesionalisme Kerja Sosial Malaysia.




 
Tarikh Kemaskini : 13/04/2021