Fungsi Bahagian

FUNGSI BAHAGIAN
Fungsi Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan adalah melaksanakan pengoperasian dan aktiviti penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan.

A. CAWANGAN SIASATAN
1.Penyelarasan dan pemantauan terhadap tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993
2.Penyelarasan dan pemantauan terhadap tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984
3.Penyelarasan dan pemantauan terhadap tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001
4.Semakan Kertas Siasatan bagi tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993, Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Akta Kanak-Kanak 2001
5.Penyelarasan dan pemantauan kes aduan berkaitan semua Akta kendalian Bahagian
6.Penyelarasan dan Pemantauan kepada Program My Community Care Enforcement (MyCCE)
7.Penyelarasan rekod kesalahan lampau bagi kes di bawah Akta TASKA 1984 dan Akta Pusat Jagaan 1993
8.Pengurusan Latihan kepada Pegawai Penyiasat di bawah Akta TASKA 1984, Akta Pusat Jagaan 1993 dan Akta Kanak-Kanak 2001.
9.Pengurusan Latihan kepada Jurufoto di bawah Akta TASKA 1984, Akta Pusat Jagaan 1993 dan Akta Kanak-Kanak 2001
10.Penyelarasan statistik tindakan penguatkuasaan ke atas TASKA dan Pusat Jagaan
11.Pengurusan Kewangan Bahagian

B. CAWANGAN PEMERIKSAAN
1. Penyelarasan dan pemantauan pendaftaran pusat jagaan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993
2. Pemeriksaan kepada pematuhan Pusat Jagaan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993
3. Pemeriksaan kepada pematuhan TASKA di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984
4. Penyelarasan Program Advokasi bagi Akta Pusat Jagaan 1993
5. Pengurusan Latihan kepada Pegawai Diberi Kuasa di bawah Akta Pusat Jagaan 1993
6. Penyelarasan Mesyuarat Agensi Setempat (OSC) bagi Akta Pusat Jagaan 1993
7. Penyelarasan dan analisa statistik di bawah Akta Pusat Jagaan 1993.
8. Penyelarasan dan pemantauan Sistem myKendiri
9. Penyelarasan kerjasama antara agensi teknikal bersama pihak KKM, Jabatan Bomba dan KPKT berkaitan isu pusat jagaan


C. CAWANGAN PEMATUHAN
1. Pengurusan kes di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994
2. Pengurusan tempat selamat di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994
3. Program Pemulihan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994
4. Pengurusan kes Akta Orang-Orang Papa 1977
5. Pengurusan Kualiti Bahagian
6. Penyelarasan Program Advokasi bagi Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Akta Orang-Orang Papa 1977
7. Penyelarasan Mesyuarat Agensi Setempat (OSC) bagi Akta Orang-Orang Papa 1977 dan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994
8. Penyelarasan dan analisa statistik di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Akta Orang-Orang Papa 1977
9. Urus setia Jawatankuasa Kerja Perlindungan Keganasan Rumah Tangga
10. Penyelarasan pelaporan kepada Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga di peringkat Kementerian
11. Penyelarasan dan pemantauan Sistem Pengurusan Orang Papa

D. CAWANGAN PENDAKWAAN
1. Pengurusan kes-kes pendakwaan melalui semakan borang pengaduan, pertuduhan, fakta kes dan senarai ekshibit bagi Akta TASKA 1984, Akta Pusat Jagaan 1993 dan Akta Kanak-Kanak 2001
2. Pengurusan pewartaan di bawah Akta kendalian Jabatan
3. Pengurusan pelantikan Penasihat Mahkamah bagi 105 daerah bagi setiap tempoh 2 tahun
4. Penyelarasan kerjasama agensi bagi urusan pelaksanaan undang-undang bersama BHEUU, AGC dan Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri
5. Penyelarasan sistem rekod pewartaan myWARTA berkaitan pewartaan pegawai dan institusi
6. Penyelarasan Program Advokasi Undang-Undang (Jerayawara)
7. Penyelarasan dan pemantauan tindakan pematuhan terkadap Kod Etika Pegawai Penguatkuasa
8. Pengurusan Latihan kepada Pegawai Pendakwa di bawah Akta TASKA 1984, Akta Pusat Jagaan 1993 dan Akta Kanak-Kanak 2001.
9. Penyelaras bagi Sistem e-kehakiman di peringkat Jabatan.

E. CAWANGAN PEMULIHAN DAN INTEGRASI
1. Penyelarasan dan pemantauan Rumah Kebajikan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977 dan Kaedah.
2. Penyelarasan dan pemantauan peruntukan kewangan Rumah Kebajikan
3. Penyelarasan lantikan dan pengurusan Lembaga Pelawat di bawah Kaedah – Kaedah (Rumah Kebajikan) Orang Papa 1981
4. Pengurusan modul pemulihan penghuni
5. Pengurusan kemahiran vokasional
6. Penyelarasan program pengintegrasian penghuni
7. Penyelarasan statistik penghuni Rumah Kebajikan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977
8. Pengurusan Latihan kepada Penguasa dan kakitangan Rumah Kebajikan
9. Penyelarasan kerjasama dengan agensi/syarikat korporat berkaitan kebajikan orang papa seperti YKN, KKM, JIM, PDRM dan Jabatan Tenaga Kerja
Tarikh Kemaskini : 18/07/2024